Ticker

6/recent/ticker-posts

TIPS PENGGUNAAN LIF DENGAN SELAMAT


TIPS PENGGUNAAN LIF DENGAN SELAMAT | Bila sebut lif, orang ramai kadang kala terlupa tentang etika menggunakan lif yang berada dipresmis perniagaan, hospital atau tempat awam. Ada yang suka hati menjadikan lif sebagai bahan permainan dengan butang yang tertera dan akhirnya terperangkap didalam lif.

Bila sudah terperangkap, akan muncul banyak komplikasi seperti pengsan dan sesak nafas sehinggakan ada kes yang membawa kepada kematian. Itu sangat berbahaya bukan?!

Disini MR kongsikan tips penggunaan lif selamat untuk peringatan semua pembaca blog Projek Travel.


  1. Tekan butang naik atau turun yang di kehendaki.
  2. Berhati-hati ketika melangkah masuk/keluar lif.
  3. Pintu lif akan tertutup sendiri atau terus menekan butang buka/tutup pintu lif untuk pengguna masuk/keluar dengan sempurna.
  4. Sekiranya berlaku kecemasan, bertenang, jangan panik. Tekan butang loceng kecemasan dan gunakan sistem interkom. Membuat panggilan kepada nombor kecemasan yang tertera di dalam lif. Tunggu sehingga bantuan tiba.
  5. Jangan keluar dari lif sekiranya terperangkap dan jangan membuka pintu dengan kekerasan/paksaan.
  6. Sekiranya berlaku kebakaran, jangan gunakan lif. Sila gunakan tangga untuk keselamatan.


ANDA DILARANG !


  1. Melakukan vandalisma dengan merosakkan mana-mana bahagian lif seperti butang atau lampu. 
  2. Merokok di dalam lif.
  3. Membenarkan kanak-kanak menaiki lif tampa diiringi orang dewasa.
  4. Menggunakan lif melebihi muatan yang dibenarkan.
  5. Bersandar atau menahan pintu lif akan membahayakan diri anda.
  6. Menyelamatkan orang yang terperangkap apabila lif terhenti. Hubungi pihak penyelenggaraan untuk mendapat bantuan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak dapatlah membantu anda semua dalam menggunakan lif dengan cara selamat dan dapat mengelakkan daripada kemalangan. 


Catat Ulasan

2 Ulasan