Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA-CARA UNTUK CHECK-IN DI KIOSK AIRASIA

Bagi orang yang biasa travel dengan AirAsia, mungkin tiada masalah untuk menggunakan perkhidmatan Kiosk untuk self check-in di airport. Hakikatnya, bila kita berada di airport especially di KLIA2, masih ada orang sebelah yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya macam mana nak buat self check-in dengan menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel terpanggil untuk berkongsi info ringkas berkaitan dengan cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Mudah-mudahan, selepas ni makin ramai yang tahu betapa mudahnya nak guna self check-in machine di airport.



Apakah kelebihan self-check in di kiosk AirAsia?

  1. Elakkan dari beratur panjang tunggu giliran
  2. Check-in dan print boarding pass dalam beberapa langkah mudah dan cepat
  3. Kemudahan kiosk yang disediakan di airports termasuklah di Malaysia (KLIA2), Thailand, Indonesia, Philippines, Singapore dan India


Masa untuk check-in?

Kita boleh start check-in bermula 14 hari sebelum jadual penerbangan ataupun selewat-lewatnya 1 jam sebelum jadual penerbangan.


Apa beza dengan check-in di website?

Kalau bimbang tak sempat sampai airport 1 jam sebelum penerbangan untuk check-in dan print boarding pass, lebih baik check-in melalui website. Time check-in tu, request untuk terima 2D barcode melalui smart phone. Then, bila sampai airport tak payah rushing untuk check-in. Hanya ke kiosk untuk scan barcode tadi dan print boarding pass.

Lagi satu teknik mudah untuk check-in melalui website adalah dengan print sendiri boarding pass siap-siap dari rumah. Kalau tiada printer, lebih baik request 2D barcode ataupun check-in di kiosk. Pilihan di tangan anda. Tapi saya lebih prefer check-in di kiosk.


Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia


1. Daaptkan booking number melalui email selepas urusan pembelian tiket selesai.




2. Lepas pilih bahasa semua, select booking number dan masukkan booking number



3. Check semua maklumat peribadi dan tick pada box yang sepatutnya. Tekan next sampai selesai!

4. Kalau untuk penerbangan antarabangsa, last sekali kena scan passport untuk verification

5. Click confirm dan tunggu boarding pass yang dicetak keluar. Settle!

6. Untuk check in luggage pun boleh terus print tag guna self check-in machine ni. Mudah!


Done! Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Nak lagi mudah, boleh just check-in guna smart phone. Tapi, make sure install apps AirAsia dalam phone. Buat urusan check-in dalam apps dan tak perlu print boarding pass. Automatik akan ada e-boarding pass dalam apps tadi. Bila nak masuk departure hall, just tunjukkan kad pengenalan (Passport untuk international flight) dan e-boarding pass tadi, dah boleh masuk. 


Actually banyak pilihan yang kita ada, Bergantung kepada cara mana yang paling mudah, cepat dan selesa bagi korang. Setengah orang suka beratur di kaunter untuk check-in, setengah orang pulak suka check-in di website dan print sendiri boarding pass dari rumah, dan ada juga yang prefer untuk guna self check-in machine di kiosk yang disediakan di airport. Korang yang mana satu?



Catat Ulasan

51 Ulasan

  1. Kalau luggage ada, kena pi kaunter luggage juga ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tag luggage boleh print di kiosk. Then, drop je bag di kaunter lepas tampal tag.

      Nak check in luggage di kaunter pun ok. Depends kat kita :)

      Padam
  2. Ade bayaran tak untuk check in di kios?

    BalasPadam
    Balasan
    1. check in di kiosk ataupun di website/ mobile phone, free je :)

      Padam
    2. Kalau kita dah ada e-boarding pass, masih dpt x kalau nak print boarding pass kt kiosk tu. Sebb first time ni

      Padam
  3. Salam.

    Kalau kita dah check in kiosk dah masukkan booking number, then kita nak masukkan luggage ke kaunter luggage mcm mna? Sbb slalunya bukan ke yg check in kiosk ni yg dah ttpkan berat beg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. luggage boleh beli atau tambah sebelum proses chek in dilakukan. Kalau dah check in kami tak pasti, kena rujuk pada kaunter.

      Padam
  4. saya baru beli utk flight bulan feb 2017 memang x boleh check in lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum boleh lagi, kalau nak check in kena 14 hari sebelum tarikh fly atau paling lewat 1 jam sebelum depart (domestik) , 4 jam untuk (oversea).

      Padam
  5. salam..saya bru check in boarding pass klia ke labuan n labuan ke klia sekali,saya ad bli berat luggage 20kg pergi dan balik..tp bila saya print dia bg satu paper je untuk check in luggage ke klia ke labuan... untuk check in luggage labuan ke klia xperlu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. Untuk check in luggage dari labuan ke klia, don't worry. Boleh check in di kaunter airport labuan. Pergi je kaunter untuk check in luggage

      Padam
    2. Hi, sy nak Tanya, sy Ada booking ticket untuk groups, so booking number tu untuk smua org yg dlm group yer?

      Dan lagi satu, kalao dah buat web check in sndri tu, kena print atau boleh request 2barcode, sbb sy tak Ada mesin printer, Dan lagi satu, kalao dah misalnya request 2barcode , tapi Ada beli luggage pergi Dan balik, kalao print kat mesin kios tu, terus Ada sekali dgn print tag luggage ker? Terima kasih, MOHON d jawab year ncik~

      Padam
    3. Hi,

      Ya, betul tu. kalau buat group booking akan ada satu booking no. je. jadi, boleh guna tu untuk check-in website,

      untuk group booking, saya suggest cik refer kat kaunter. pergi ke kaunter cakap nak buat group check in sekali dengan check in luggage.

      untuk kepastian, cik juga boleh try tanya di twitter @askairasia

      Padam
  6. Salam nk tnye.. klau kite check in awal.. contoh ye lagi seminggu nk berlepas boleh ke... klau kite check dkt kouter trus boleh ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Boleh je check in awal melalui website. Cuma kena print boarding pass siap-siap. Kalau nak check in kat kaunter pulak kena bayar untuk print tiket. Sebab tu better check in kat kiosk sebab free

      Padam
  7. saya ada luggage tp dari indon ke malaysia, jadi kene print jugak ke sesiap tag bag tu dari sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah print lagi. Untuk tag luggage, boleh dapatkan di kaunter airport indonesia time nk check in luggage

      Padam
  8. Hi, sy nak tanya, kalau kita dah buat web check in, lepastu air asia akan bg siap2 bar codes. lepas sy dh select utk hantar ke email saya, hanya ada utk print boarding pass shj. so, boleh ke print dekat kiosks gunakan booking number shj tanpa bar codes?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Itu web check in. Bila dah dapat bar codes, kena print siap-siap.
      just in case emergency case, tak sempat nak print ke apa, boleh refer kaunter untuk print boarding pass.

      Untuk kiosk, memang masukkan booking code dan terus print kat situ.

      Satu lagi alternatif paling mudah, boleh check in via mobile phone. Nanti tunjuk je e-ticket kat phone.

      Semoga jawapan ni dapat membantu.

      Padam
    2. Ye betul. Itu web check in. Bila dah dapat bar codes, kena print siap-siap.
      just in case emergency case, tak sempat nak print ke apa, boleh refer kaunter untuk print boarding pass.

      Untuk kiosk, memang masukkan booking code dan terus print kat situ.

      Satu lagi alternatif paling mudah, boleh check in via mobile phone. Nanti tunjuk je e-ticket kat phone.

      Semoga jawapan ni dapat membantu.

      Padam
  9. Klau bwk infant xleh bt web chekin kan.. Klau kt kaunter brp jam pling awal blh chekin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul, infant kena refer kaunter.
      Kalau domestic, 2 jam sebelum penerbangan.
      Kalau international, 3 jam sebelum penerbangan :)

      Padam
  10. Klau ad infant xleh web chekc in kan.. Pling awal pkul brp blh check in di kaunter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk infant, boleh rujuk kaunter untuk check-in.

      Kaunter check-in akan dibuka 2 jam sebelum penerbangan domestik dan 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa.

      Bayaran perkhidmatan akan dikenakan kalau check-in di kaunter untuk penerbangan domestik Malaysia. So, kalau takde apa-apa masalah, better check-in sendiri di kiosk self check-in bagi mengelak dikenakan bayaran

      Padam
  11. macam mane nak print boarding pass return?
    adakah nanti masa nak print boarding pass pergi dekat kiosk dia akan kluar untuk boarding pass return punya jugak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boarding pass, kalau pergi ke kiosk self check-in machine tu, masukkan nombor booking dan print return ticket. Percuma sahaja

      Padam
  12. Salam untuk international flight kalau kita check in ntuk group punya kt kiosk kena ada smua passport or wakil sorg je cukup dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Untuk check in di kiosk, memang perlukan passport. Time nak check in sorang-sorang nanti, kita kena scan passport di kiosk. Untuk group check-in, saya cadangkan proceed ke kaunter untuk urusan lebih cepat. Untuk kiosk, sesuai untuk individu atau small group. Terpulang kepada En, mana yang lebih convenience. Harap jawapan ini dapat membantu

      Padam
  13. Salam... Saya nak tanya.... Saya dah checkin melaui website... Dah check in tp dia tak bagi barcode atau benda untuk.print... Perlukah saya inform.dengan airasia atau checin semula di kiosk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Boleh check dengan team airasia dan bagi booking no untuk dorang check balik.
      kalau nak check-in di kiosk, takut tak dapat sebab dah check-in guna website. Nanti booking no. yang kita masukkan time nak check-in di kiosk tak valid sebab dah pernah check-in.

      Untuk kepastian, kena call AirAsia tanya

      Padam
  14. Salam..nk tya kalau kita xsure yg lugage kita tu lepas ke x..kena tya kaunter ke kita yg kena timbang sdri dlu...berdebar sbb xpnh bawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Cik boleh timbang dulu di penimbang yang disediakan sebelum naik flight. Kalau nak bawa naik flight, make sure size dia betul dan berat tak lebih 7KG.

      Kalau size bag besar dari size yang dibenarkan atau berat melebihi had yang dibenarkan iaitu 7KG, better cik add-on luggage sebelum check-in. Kalau dah check-in, bila nak add luggage, ia akan jadi mahal.

      Padam
  15. Hai sya nak tanya , hritu sya booking flight but tak beli luggage. Takut trlebih berat so i decide nk beli luggage. Tapi tak dpt nak beli luggage di manage my booking airasia sebab email kna hack. Kalau sya nak beli trus contact dgn airasia boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya nak add luggage just add di manage booking. In-case emel kena hacked atau problem time nak add-on, better contact airasia dan buat tambahan luggage guna cara manual iaitu call.

      Padam
  16. Maaf ye...bulih saya tahu kenapa ada infant tak boleh cek in website?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang termaktub dalam undang-undang untuk check-in airasia via web.
      Saya pun tak pasti sebabnya, maybe sebab faktor keselamatan.
      Kalau parents fly with infant, memang kena check-in di kaunter

      Padam
  17. salam, kalau saya tak beli luggage, saya tak perlu beratur di kaunter drop luggage lagi kan? dan terus ke balai pelepasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Ye betul, kalau tak beli luggage boleh terus proceed ke balai perlepasan.

      Cuma sekarang memang kena beringat sebab polisi luggage yang nak bawa naik flight dah ketat. Luggage wajib kurang dari 7kg dan ikut size yang telah ditetapkan baru lepas bawa naik.

      Padam
  18. Hai.nk tye..klo mase pegi sy nk drop luggage.tpi luggage sy kosong he still one charge ye?...n klo sy but web check in n print boarding pass untuk return ada kan?..

    BalasPadam
  19. Hai.nk the.klo web check in n print boarding pass ntuk return ada kan?..n kalo mass pegi sy nk bawa baggage tpi kosong still knew charge ke.n DLM berpa charge tu?n that means mse blik sy tk perlu check in jika dah print boarding pass return kan?n syjust check in luggage jr kn sebab sy ada beli baggage 20kg mse blik..btol kan encik?n camaner nk bawa kotak2 yeh mse nk blik tu.check in dia mner pull kotak2 tu

    BalasPadam
  20. Salam..tumpang brtnya kalau kita Check in kt website n print out siap2 boarding pass utk intrnational flight nnt msa kt aairport perlu ke scan passport d kiosk or trs proceed ke departure bw boarding pass n passport je? Tqvm..

    BalasPadam
  21. Salam..tumpang brtnya kalau kita print out siap2 boarding pass msa Check in kt wbsite utk international flight then msa kt airport perlu ke scan passport kt kiosk dlu or trs je proceed ke departure bw boarding pass n passport tu? Tqvm..

    BalasPadam
  22. Salam.. nak tanya.. kalau saya check in ticket pergi dan balik Penang-kl-penang di kiosk, boleh terus print ticket kl-Penang sekali waktu di Penang? Maksudnya check in di kiosk awal seminggu dari tarikh ticket Kl-Penang dibeli. Boleh?

    BalasPadam
  23. salam tuan,
    mcmana nak tambah size luggage di web airasia, tapi tiket semua dh beli
    cuma nak tambah lg size beg tu, saya berlegar2 kt web xjumpa
    tkasih.

    BalasPadam
  24. I DAH CHECK IN.. TAPI LAST MINIT NK TAMBAH LUGGAGE..BOLEH KA? ATAU KLU DAH CHECK IN X BLH TAMBAH LUGGAGE?

    BalasPadam
  25. Hai nk tanya kalau kita dh check in di web boleh ke kita guna kiosk utk print tiket

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum... Nak tnya...sy nak ambl boardingpass dkat check-in kiosk tp tk bleh sbb alasan dlm mesin tu yg mengatakan bahawa ada orang lain yg telah print out boardingpass sy.. So apa yg sy perlu lakukan? First sy masukkan no siri boleh jee tp part masukkan bilangn bagasi yg sy ambil tu trus tk bleh.. Apa yg perlu sy buat untk mngatasi masalah ini ?

    BalasPadam
  27. kalau luggage kita lupa check in macam mana bos ?

    BalasPadam
  28. Macam mana cek status penerbangan?

    BalasPadam
  29. salam.
    maap nak tnya sikit.
    kalo saya dah buat mobile checkin.
    luggage mcm mana ya.
    apa perlu saya buat ya...tolong saya tuan

    BalasPadam
  30. SALAM NK TANYE KALAU XDE CHECK IN LUGGAGE, TERUS G BOARDING EH?

    BalasPadam