Ticker

6/recent/ticker-posts

NEGERI MELAKA | JONKER WALK NIGHT MARKET


JONKER WALK NIGHT MARKET adalah pasar malam mingguan yang berlaku di sepanjang Jalan Hang Jebat, iaitu jalan utama melalui bandar Melaka. Ia terletak dalam zon teras Tapak Warisan Dunia Melaka UNESCO.


JONKER WALK NIGHT MARKET telah di ilhamkan oleh lembaga pelancongan tempatan, bertujuan untuk membawa kehidupan pada waktu malam. Ianya dibuka seawal jam 6 petang dan ditutup sehingga 12 lewat malam.


JONKER WALK NIGHT MARKET juga cukup dikenali di seluruh dunia di kalangan pengumpul barangan antik sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mendapatkan dan tawar-menawar untuk barangan antik.


Baru-baru ini, gelombang baru kafe-kafe dan kedai-kedai kraf telah diwujudkan di jalan ini, menjadikan tempat ini lebih komersial dan tempat tumpuan utama pelancong jika ke negeri Melaka.

Kredit Foto : Akugraphy


Catat Ulasan

3 Ulasan