Ticker

6/recent/ticker-posts

STEAMBOAT BEST DI SERI KEMBANGAN


STEAMBOAT BEST DI SERI KEMBANGAN | Bercakap mengenai steamboat ini mesti korang nak cari tempat makan yang best dan banyak pilihan kan ? Menerusi kiriman pembaca kami, mengenai Steamboat Best Di Seri Kembangan Selangor, Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill menyediakan pakej makan buffet steamboat dan grill yang sangat berpatutan dan dijamin halal.



Pelbagai makanan Steamboat dan Seafood. Untuk kanak kanak, kegemaran mereka, ais krim sebanyak 5 jenis dengan pelbagai condiment disediakan serta potongan buah-buahan. 

Jenis hidangan pula pada setiap meja disediakan pembakar /grill dan sup steamboat, Jadi disini korang boleh memilih 2 sup sama ada sup ayam atau tomyam. Dan seperti biasa, tomyam merupakan pilihan paling popular di Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill .








Harga? Haa harga buffet adalah RM 25.00 sekepala untuk dewasa dan Rm 15.00 sekepala untuk kanak-kanak. Murah tak ? Jika korang rasa bahawa harga diatas masih mahal, korang tak perlu risau kerana korang boleh mendapatkan harga lebih murah dari ni jika korang menepati apa yang mereka inginkan. 






Malah pada malam tertentu akan diadakan MALAM PROMOSI dimana ianya adalah salah satu kelebihan di Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill ini. Mereka akan menghargai pelanggan mereka dengan promotion pada setiap hujung minggu mengikut tema tertentu. Jadi inilah masa yang sesuai untuk korang bawa kawan - kawan dan keluarga dan makan sebanyak mungkin dengan harga super jimat. 







Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai OMAK AI! Steamboat & Grill di Taman Puncak Jalil ni : 

1. Steamboat & Grill HALAL pertama di Taman Puncak Jalil 

2. Beraneka steamboat & Sea Food Udang,Ketam, Sotong dan pelbagai lagi 

3. Mempunyai ruang makan yang luas dan boleh muat sehingga 100 orang dalam satu masa 

4. Dengar cerita tempat ini selalu ramai orang , jadi adalah dinasihatkan korang book terlebih dahulu 

5. Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill ini dikendalikan dan milik orang Islam sepenuhnya 

6. beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad ( Isnin –Cuti ) bermula pada jam 5 Petang sehingga 12 malam.

7. Restoran ini berkonsepkan Klasik dimana kita boleh mengimbau zaman kanak-kanak yang pernah menjadi nostalgia di suatu ketika dahulu. Menarik bukan?





Kami di Projek Travel akan cuba ke sana dalam masa terdekat dan buat review mengenai steamboat dan grill . Nantikan, omnomnom!


Alamat :

Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill 



No. 64-1 JLN PUJ 3/2
TMN Puncak Jalil Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan Selangor


Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi :

013 292 6620



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. OMG! PT ni selalu buat kita drool. Perkongsian destinasi kulinari yang padat dengan info dan tips. Now, saya dah lapar. Siapa nak disalahkan ni?

    BalasPadam