Ticker

6/recent/ticker-posts

BERSOSIAL DENGAN ALAM | BELUM RAINFOREST RESORT


Cuaca yang panas ketika ini cukup untuk memberi inspirasi kepada kita untuk lari seketika dari kesibukan dan bahang di kota. Ketika ini, percutian yang berkongsepkan alam semula jadi (close to nature) sangat di galakkan. Tidak perlu fikir untuk membentang tikar atau menaikkan khemah untuk tidur bersama nyamuk dihutan, BELUM RAINFOREST RESORT ada menyediakan penginapan eco yang cukup mewah dan selesa bagi setiap pengunjungnya.

Dengan tema “ gateway to nature “ percutian di BELUM RAINFOREST RESORT Pulau Banding pasti menjanji sesuatu percutian yang berbeza daripada biasa.


BELUM RAINFOREST RESORT ini berlokasi di atas bukit, dengan pemandangan tasik dan hutan yang sangat menakjubkan dari jauh. BELUM RAINFOREST RESORT ini terdiri daripada beberapa level, dimana bawah bukit adalah lobi, dengan restoran dan lounge bar bersebelahan. Dari restoran, jalan menaiki bukit sedikit kita boleh bersantai di sebuah kolam renang yang cukup indah berlatar belakangkan tasik dan hutan yang menghijau.



Harga bilik serendah rm350++ tanpa pakej aktiviti outdoor. Bilik standard yang cantik, dan dilengkapi dengan kemudahan yang ringkas. Tetapi, jika menginap di dalam hutan, bilik ini sudah boleh dikategorikan sebagai sangat mewah. Terdapat satu A / C, peti sejuk kecil, peti keselamatan dan beberapa soket. Kebanyakan bilik mempunyai Wi-Fi. Kebanyakan bilik adalah luas, dengan bilik mandi yang besar. *diruangan kamar tidak mempunyai televisyen





Sedikit lebih tinggi di atas bukit di mana ada menempatkan cottage, villa dan pangsapuri. Di bahagian atas pula, terdapat sebuah restoran yang besar (di mana juga sarapan pagi dihidangkan) dan kompleks yang lain dengan bilik berasingan. Di sini anda akan mencari platform melihat dengan pandangan yang mempesonakan persekitaran. BELUM RAINFOREST RESORT ini merupakan sebuah "true nature resort" ; tidak banyak benda yang perlu dilakukan di sekitar resort kerana aktiviti-aktiviti hutan adalah ceritanya. 

Banyak aktiviti outdoor – banyak aktiviti outdoor boleh di buat di BELUM RAINFOREST RESORT Pulau Banding ni, anda Cuma sediakan bajet sahaja. Antara aktiviti outdoor yang korang boleh buat di BELUM RAINFOREST RESORT ni adalah seperti berikut:
  • Melawat kampong orang asli
  • Melihat bunga terbesar di dunia – raflesia
  • Melihat pemandangan tasik Banding
  • Mandi manda di air terjun
  • Aktiviti memancing
  • Dan lain lain.

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding,
33200 Gerik, Perak,
Malaysia

GPS Coordinate
N 5 32.595 E 101 20.454

Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info[at]belumresort.com

Website : www.belumresort.com

BELUM RAINFOREST RESORT merupakan lokasi pelancongan yang unik di Perak. Tidak salah mencuba sesuatu yang berbeza di dalam percutian domestik anda dan cubalah bercuti di salah satu tempat menarik di Perak ini.


Foto : www.agoda.com, amirnawawi.com

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

Catat Ulasan

1 Ulasan