Ticker

6/recent/ticker-posts

PULAU TUBA LANGKAWI



Jika anda ingin meluaskan pengalaman ketika melancong di Pulau Langkawi, kami cadangkan korang untuk ke Pulau Tuba *mungkin boleh menjadi satu pilihan yang menarikPulau Tuba terletak kira-kira 3 kilometer di selatan Langkawi dan bersebelahan Pulau Dayang Bunting. Walaupun ianya dekat dengan Pulau LangkawiPulau Tuba memang kurang dikenali.


Namanya diambil sempena nama pokok tuba orang penduduk terdahulu. Pulau seluas 20 kilometer persegi ini menempatkan masyarakat nelayan dan petani di enam buah kampung dengan jumlah penduduk seramai hampir 3,000 orang. Biarpun terpencil dan tidak dikenali umum, Pulau Tuba mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik, telefon, air dari sumber semula jadi, sekolah dan balai polis.

Kedamaian sudah pasti satu kelebihan di sini. Kehidupan berjalan perlahan, malah bilangan kenderaan yang terhad menepati suasana kehidupan desa dengan persekitaran sawah padi dan bukit-bukau yang menghijau.

Tarikan Semula Jadi

Keistimewaan lain di Pulau Tuba, contohnya gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma 30 minit berjalan kaki mengikut denai.

Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.

Kira-kira 10 minit perjalanan bermotosikal dari pekan, anda akan tiba di 'Wang Lebah', sebuah lembah di Kampung Teluk Bujur yang banyak terdapat sarang lebah.

Tidak kurang hebatnya ialah perairan pulau ini yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya.

Sumber : utusan.com.my



Perjalanan ke Pulau Tuba

Pulau Tuba hanya boleh diakses menerusi jalan laut iaitu dari jeti Kedah Marble, Langkawi yang terletak berhampiran Kompleks Jetty Point. Jadual perjalanan bot ke Pulau Tuba tidak menentu kerana  bot akan bergerak apabila penuh sahaja.


Sebelum ke Pulau Tuba, pengunjung perlu ke Pulau Langkawi dahulu. Bagi mereka dari tanah besar Semenanjung, Langkawi memang mudah dikunjungi. Purata tujuh penerbangan sehari dijadual dari Kuala Lumpur menerusi MAS dan Air Asia.

Perjalanan laut ialah menggunakan feri dengan kadar tambang dari Kuala Kedah sebanyak RM23 dan Kuala Perlis RM18 sehala bagi dewasa. Pengunjung boleh membeli tiket feri secara online di http://ticket.langkawiferryline.com/ . Jadual perjalanan feri ke Langkawi bermula seawal jam 7 pagi sehingga jam 7 petang.

Foto : Azhar Zakaria

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Dah pergi. Memang best! Tenang je. Hope dapat maintain la ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best ke kat pulau tuba? Sbb nnti kitorang ada trip dkt sana.

      Padam
    2. Best ke kat pulau tuba? Sbb nnti kitorang ada trip dkt sana.

      Padam
  2. Aku nak lego tanah kat pulau tuba...dng pantai 300 meter...kampung bagan assan

    BalasPadam
  3. Aku nak lego tanah pulau tuba...dng pantai tak jauh dlm 300 meter..sekaki 10 ringit...kampung bagan asam

    BalasPadam