Ticker

6/recent/ticker-posts

BUBUR NASI BERLAUK SEDAP DI D'LAILA @ MMA SANTAI CONNER

BUBUR NASI BERLAUK SEDAP DI D'LAILA @ MMA SANTAI CONNER | Sekali lagi MR berpeluang untuk menjamu selera di D'Laila @ MMA Santai Conner. Ala, tempat popular mee udang yang sedap tu. Tapi kali ni MR ingin mencuba menu baru iaitu Bubur Nasi Berlauk.

Sepanjang perjalanan ke tempat Kak Laila ni, hujan turun dengan lebat. Wah, hujan-hujan ni dapat makan bubur nasi berlauk, alangkah nikmatnya. Terbayang-bayang deretan lauk pauk yang boleh dimakan bersama bubur nanti. Iya, perjalanan agak jauh sebab lokasi D'laila @ MMA Santai Conner ni terletak di Bandar Baru Nilai tapi berbaloi datang ke sini kerana makanan di sin banyak pilihan dan sedap-sedap belaka.


Bila sampai je kat MMA Santai Conner, dari jauh dah nampak kedai D'laila Bubur Nasi Berlauk ni sebab semuanya warna hijau. Ni mesti Kak Laila (pemilik kedai) ni suka warna hijau. MR dan rakan-rakan terus serbu kedai ni dan teruja tengok deretan lauk pauk yang ada. Wah, banyaknya lauk sampai tak tau nak pilih mana satu.



Kalau korang nak tau, semangkuk bubur (mangkuk hijau) tu tak cukup tau untuk sorang makan. Rasa bubur dia yang sedap ditambah pulak dengan sup special dengan ramuan herba yang buat bubur nasi berlauk Kak Laila ni lain dari yang lain. Gerenti menambah tau. Ni kalau demam mau mengidam makan Bubur Nasi Berlauk D'Laila ni.



Selain tu kami makan bubur ayam kampung organik herba dan bubur nasi pelbagai seafood. Meriah tak bubur nasi seafood tu?? macam-macam ada, ketam, sotong, kupang, udang. Yang ayam kampung tu pulak bukan sebarang ayam kampung tau. Kata Kak Laila, ayam kampung organik. Special tu. Ingat sayur je ada organik, ayam pun ada rupanya. hehe



Ok la... bagi yang nak pi rasa bubur nasi berlauk yang sedap ni, di sini MR share lokasi Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila kat MMA Santai Conner, Nilai ni. Walaupun lokasi agak jauh dari Kuala Lumpur, tapi MR pasti sekali rasa, korang akan datang lagi. sebab MR sendiri pun dah banyak kali datang sini tapi sebelum ni pekena mee udang, maggie kambing dan asam pedas .. kali ni pekena bubur nasi berlauk pulak.

Alamat :
Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila
MMA Santai Corner,
Putra Point,
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan,
Malaysia

waktu operasi : 5.30pm hingga 12.00am

waze : MMA SANTAI CORNER NILAI





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ya ampun... terliur tengok hidangan yang disediakan! Uarghhhh.

    BalasPadam
  2. kat sini memang sedap makanannya :))

    BalasPadam
  3. huwarghhh
    tetiba nak makan bubur nasi lagiii
    bila nak repeat ni. Gulp

    BalasPadam
  4. Bilakah rezeki Nilai nak masuk mulut . Sangat teringin ke sana tapi masih belum berpeluang .

    BalasPadam