Ticker

6/recent/ticker-posts

AIRASIA X KINI TERBANG KE NEW ZEALAND

New Zealand_ foto www.woolsnz.com
Bersedia untuk menerokai Bandar Auckland dan menghayati pelbagai tarikan menarik bersama AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh bagi kumpulan AirAsia yang akan memulakan penerbangan harian ke Auckland, New Zealand dari Kuala Lumpur melalui Gold Coast, Australia. Penerbangan harian yang dijadualkan akan beroperasi bermula pada 22 Mac 2016 ini akan mengukuhkan sambungan laluan penerbangan antara Asia, Australia dan Pulau Utara New Zealand.


Destinasi baru ini telah dilancarkan secara rasmi hari ini di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. John Subritzky, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, bersama Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif AirAsia dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.



PROMOSI | Untuk meraikan pengumuman laluan baru ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM499* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau serendah RM1499* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Tambang promosi ini boleh ditempah melalui laman web bermula 13 hingga 24 Januari 2016, bagi tempoh perjalanan dari 22 Mac hingga 5 Febuari 2017.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Auckland, New Zealand (AKL) melalui Gold Coast, Australia (OOL).
No Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Ketibaan
Kekerapan
  D7 206
KUL
OOL
2140 hrs
0750 hrs
Daily
  D7 206
OOL
AKL
0905 hrs
1530 hrs
Daily
  D7 207
AKL
OOL
1700 hrs
1725 hrs
Daily
  D7 207
OOL
KUL
2140 hrs
0400 hrs
Daily


Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata, “New Zealand adalah destinasi bertaraf dunia yang sememangnya istimewa di hati kami. Kami amat teruja untuk kembali ke New Zealand dengan melancarkan perkhidmatan ini, yang akan memberikan sambungan lancar kepada para tetamu kami dari seluruh Asia ke Bandar Auckland. Disamping itu, warga New Zealand kini mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan dari Gold Coast dan juga akses ke semua destinasi menarik di seluruh rangkaian luas penerbangan kami di Asia melalui hab Kuala Lumpur. Kami yakin bahawa dengan tambang yang sangat kompetitif akan menarik lebih ramai tetamu dari rantau ini, mewujudkan permintaan perjalanan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan trafik pelancongan bagi semua sektor.”

“Australia sentiasa merupakan pasaran utama bagi kami, laluan baru dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Gold Coast melambangkan komitmen kami untuk membangunkan penyambungan penerbangan di rantau ini dan usaha berterusan kami untuk mengembangkan operasi kami. Kami sangat yakin bahawa laluan ini akan berkembang maju, mengikuti kejayaan yang dicapai daripada laluan Australia kami yang lain.”

“Di AirAsia X, matlamat kami adalah untuk terus menawarkan senarai destinasi-destinasi yang menarik kepada para tetamu kami dan pengenalan laluan baru ini adalah sejajar dengan inisiatif pemulihan kami dan kami percaya ia akan membawa sumbangan positif untuk Syarikat kami.”



Tuan Yang Terutama Dr. John Subritzky, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia berkata, “Saya amat gembira untuk melihat satu lagi syarikat penerbangan utama seperti AirAsia X meluaskan operasinya ke New Zealand, menawarkan warga New Zealand tambang menarik untuk melawat Asia - dan rantau Asia Tenggara yang luas - melalui rangkaian luas syarikat penerbangan itu. Saya berharap untuk melihat lebih ramai pelancong mengunjungi New Zealand dengan penerbangan harian baru ke Auckland yang ditawarkan, seterusnya meningkatkan sektor pelancongan Negara dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi New Zealand.

Berikutan pengumuman laluan baru ini, pelancong kini boleh berkunjung ke Auckland, New Zealand dari Kuala Lumpur dengan transit pendek di Gold Coast, Australia. Visa Australia tidak diperlukan untuk transit ini dan rakyat Malaysia boleh berkunjung ke New Zealand untuk tempoh hingga 3 bulan tanpa visa, ini memudahkan semua tetamu dari Malaysia. Para tetamu juga boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk penyambungan yang lancar ke Auckland dari bandar-bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas kumpulan AirAsia atau pilihan pelbagai bandar (Multi-City) untuk melawati Gold Coast beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan ke Auckland, memberi lebih fleksibiliti untuk merancang perjalanan anda.

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

NEW ZEALAND | New Zealand, juga dikenali sebagai Aotearoa dalam Bahasa Maori asli yang bermaksud tanah awan putih yang panjang, terkenal dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan dan juga keunikan budaya Maori tersendiri.




Dengan keluasan 270.534 km2, negara ini mempunyai dua kepulauan utama yang dikenali sebagai Pulau Utara and Selatan. The City of Sails – Auckland, terletak di Pulau bahagian Utara, adalah bandar yang mempunyai penduduk yang paling ramai di New Zealand dan mempunyai pelbagai jenis tarikan,seperti bangunan tertinggi di Hemisfera Selatan – Sky Tower, kawah gunung berapi yang indah di gunung Eden, Auckland Domain Park yang menempatkan Muzium Memorial Perang Auckland dan pelbagai lagi tarikan seperti Viaduct Harbour, Pulau Rangitoto and banyak lagi.

Para pelancong juga boleh memandu sendiri ke Northland untuk menikmati pantai “Ninety Mile” dan melawat Cape Reinga – hujung utara New Zealand; atau melawat Matamata dimana letaknya filem Hobbiton, salah satu lokasi penggambaran “The Lord of The Rings Trilogy”, kedua-duanya hanya beberapa jam dari Bandar Auckland.



AIR ASIA X AirAsia X telah dianugerahkan dengan ‘’Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’’ dan ‘’Tempat Duduk Premium Terbaik Syarikat Penerbangan Tambang Rendah’’ di Anugerah Pernerbangan Dunia Skytrax bagi tiga tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2015. 

Tempat duduk Premium Flatbed bagi penerbangan AirAsia X mempunyai soket universal, sandaran kepala boleh laras dan kemudahan utility peribadi seperti meja dulang, pemegang minuman, lampu membaca dan scrin privasi. Tetamu Premium Flatbed juga boleh menikmati produk dah perkhidmatan termasuk pertukaran penerbangan tidak terhad, pilihan tempat duduk, pilihan tempat duduk, keutamaan semasa mendaftar masuk, keutamaan semasa menaiki pesawat, pemeriksaan imigresen di kaunter Laluan Pantas bagi lapangan terbang terpilih, 40kg bagasi berdaftar, hidangan premium, bantal dan selimut.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. NZ cantik kalau ada rezeki akak nak ke sana lagi tapi musim berbeza baru nikmat pengalaman baru .

    BalasPadam
  2. Wah, bestnya New Zealand. One of my dream destination! ;)

    BalasPadam
  3. Wow, sangat best la travel ke NZ ni, pemandangan sana sangat best

    BalasPadam