Ticker

6/recent/ticker-posts

TAMBANG TUNAI KTM KOMUTER NAIK BERMULA 2 DISEMBER 2015

KTM Komuter_foto Fisher_Y
Tambang Tunai KTM Komuter Naik Bermula 2 Disember 2015 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebut hal KTM ni, sebenarnya ramai pengguna tegar kepada kenderaan tersebut selalu menggunakannya dan mengambil langkah berjimat serta mengurangkan pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas. Namun,apabila tindakan kenaikan harga KTM naik bermula 2 disember 2015 ini. Masihkah ramai yang akan menggunakan KTM dan bagaimanakah kos perbelanjaan bagi pengguna KTM serta mampukah mereka berhadapan dengan risiko sebegini?


Harga tiket naik dari RM0.11 sen ke RM0.15 sen bagi setiap satu kilometer dan kenaikan itu sebenarnya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.


Istimewanya kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT,warga emas dan OKU akan diberi diskaun potongan sehingga 50 peratus (50%) dengan menunjukkan kad pelajar yang sah. Selain itu, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tambangnya adalah PERCUMA.

* Perhatian


JADUAL TAMBANG BARU PERKHIDMATAN KTM KOMUTER
1
2
3
4
5



Adakah dengan kenaikan harga tiket KTM Komuter ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau semata-mata memberi kelebihan kepada pihak KTM sendiri?

Maklumat lanjut jom singgah ke www.ktmb.com.my , laman twitter @ktmkomuter atau hubungi 1-300-88-5862 .


TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Untuk yang memang hari-hari guna servis ni... memang terasa sangat kesannya

    BalasPadam
  2. Servis komuter lagi mahal berbanding servis lrt..

    BalasPadam