Ticker

6/recent/ticker-posts

LAWATAN WAJIB KE TANGKUBAN PERAHU JIKA KE BANDUNG



LAWATAN WAJIB KE TANGKUBAN PERAHU JIKA KE BANDUNG | Siapa pernah meyangkakan bahawa tempat yang berisiko seperti Gunung berapi TANGKUBANG PERAHU yang dikatakan masih aktif ini menjadi antara salah satu tempat paling popular dan harus dilawati jika ke daerah Bandung. Secara tepatnya ia berada di Bandung Utara, iaitu di Cikole, Lembang, atau sekitar 20 km dari pusat Kota Bandung.


Untuk pengetahuan korang, letusan terakhir gunung ini dikatakan tercatat pada tahun 2013. *memang tempoh masa yang masih baru. Walaupun begitu, Gunung TANGKUBAN PERAHU ini masih aman dan selamat untuk dikunjungi oleh para pelancong untuk menikmati keindahan semulajadinya . 

Puncak Gunung TANGKUBAN PERAHU ini berbentuk memanjang dan menyerupai sebuah perahu yang terbalik. Pada lereng gunung juga terdapat hamparan kebun teh yang membuat korang betul-betul teruja dan menikmati keindahannya. 

Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu. Kawah Paguyangan Badak, berumur kurang lebih 90.000-40.000 tahun lalu. Dalam fasa pembentukan kawah secara geologi, seterusnya terbentuk Kawah Upas yang ditaksir berumur 40.000-10.000 tahun lalu. Di fasaterakhir, terbentuklah Kawah Ratu yang berumur 10.000 tahun lalu sehingga sekarang.


Gunung Tangkuban Perahu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.


GUNUNG BERAPI AKTIF | Beberapa tanda aktifnya gunung ini adalah adanya gas belerang dan juga sumber air panas yang mengalir di kaki gunung. 

Jika korang berkesempatan untuk datang berkunjung ke TANGKUBAN PERAHU ni, Mat Remos nasihatkan supaya korang membawa "mask" iaitu penutup mulut dan hidung untuk menghindari bau gas belerang yang kuat. *AWASS!!! kerana bau belerang sangat sensitif kepada sesetengah orang.


BERSUHU DINGIN | Gunung TANGKUBAN PERAHU memiliki ketinggian 2.084 di atas permukaan laut atau sekitar 6.873 kaki. Suhu di gunung ini adalah sekitar 17 darjah celcius pada siang hari dan dikatakan boleh mencapai sehingga 2 darjah Celcius pada malam hari. Oleh kerana suhunya yang dingin, korang memang sangat dinasihatkan untuk membawa dan memakai sweater atau jaket yang sesuai.

Cuaca disini tidak menentu, kadang kala ada kabus tebal yang sangat dingin. Jika cuaca terlalu dingin. Korang boleh membeli sarung tangan dan topi yang ada di jual di sana. *AWAS!!! hati-hati ketika tawar-menawar harga ketika proses membeli.


BELI CENDERAMATA | Selain dapat menikmati keindahan semulajati ciptaan Allah SWT, Pegunjung juga berpeluang untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang dan dijadikan kenangan di sini. Apa yang Mat Remos boleh nasihatkan, hati-hati jika ingin membeli belah di sini. Jika rasa tidak perlu, jangan sesekali bertaya atau tunjukkan bahawa diri kita berminat dengan barang yang dijual. Kalau tidak, jangan salahkan mereka jika mereka ikut korang kemana saja korang pergi, sampailah korang beli barang tersebut.

Jika korang ingin membeli sesuatu. Mat Remos nasihatkan, gunakan masa-masa terakhir anda sebelum balik. Biasanya harga akan melambung tinggi jika mereka tahu bahawa kita adalah pelancong. *jangan terkejut kalau, harga 100 boleh kita tawar sehingga 20 Gunakan kebolehan korang untuk tawar -menawar. Lagi bagus sekiranya ada kenalan atau sahabat dari Indonesia bersama kita.

Gunung TANGKUBAN PERAHU untuk pelancong dari seawal jam 7 pagi sehingga 5 petang setiap hari.



Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel ini menjadi sumber inspirasi anda :D

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Oo. Baru tau gunung berapi aktif punya tanda2. Tq. Tq.
    Part jual & follow sampai kita beli tu agak 'kreatif' caranya. Mungkin kita patut siap2 belajar selanga indon kot untuk keselamatan.
    Sekian ulasan haji. Tk.
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia blogging. Mohon tunjuk ajar. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, bukan dibandung je. Di indonesia diorang akan follow sampai kita beli. apapon salam kenal jugak. terima kasih sudi singgah :)

      Padam
  2. Sangat aktif gunung berapi ini. bagi yang mempunyai alahan sila berhati-hati. Perokok diharamkan merokok di sini.

    BalasPadam
  3. Lihat Tangkubang ni teringat ke arwah ibu saya..tercapai hajatnya nak ke Bandung

    BalasPadam
  4. Tangkuban perahu memang nasih aktif...cantik pemandangan kat sini..tp x leh dekat sgt kan..

    BalasPadam