Ticker

6/recent/ticker-posts

TIPS TRAVEL KETIKA BERPUASA

TIPS TRAVEL KETIKA BERPUASA | Rasanya tidak terlambat untuk Mat Remos ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam . Ketika bulan puasa ni, mesti kebanyakkan daripada korang cuma duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga


Dan pasti ada juga di antara korang, yang menahan nafsu dan kehendak dari terus travel disebabkan berpuasa. Jangan risau kawan - kawan, puasa bukanlah satu alasan untuk korang tidak melakukan sebarang aktiviti mahupun travel. 

Ketika di bulan ramadhan inilah masanya untuk korang pergi lebih jauh dan lebih menghayati kecantikan di setiap pelusuk dunia. Disini Mat Remos senaraikan beberapa tips travel ketika berpuasa 

1#. Tentukan destinasi yang ingin ditujui

Tak salah untuk korang travel, tapi kalau boleh tentukan destinasi terlebih dahulu. Bulan puasa ni, badan perlukan zat dan vitamin yang sesuai. Jadi pastikan destinasi korang itu mempunyai kelengkapan., lagi bagus kalau ianya muslim friendly

2#. Pack lightly , kemas dan seringkas yang boleh

Kalau bab packing ni, Mat Remos percaya para backpackers mesti dah expert kan ? Bila dah tahu destinasi, packing seringkas yang boleh, tak perlu bawa banyak pakaian, sebab pakaian tu kalau tak kotor, apa salahnya guna semula

3#. Bawa beg kecil ketika berjalan

Mat Remos perhatikan ramai antara traveller terlupa bab ni sehinggakan ada yang membawa bagasi ketika berjalan. Pastkan korang bawa beg kecil yang mudah dibawa untuk menyimpan kelengkapan dan barangan peribadi.

4#. Jangan skip sahur


Haa ini paling penting dan ramai dari kita yang mengendahkannya. Tahukah korang bahawa sahur sangat penting sebagai bekalan dan tenaga kita sepanjang hari. Jangan gunakan alasan tidak sahur untuk korang tidak berpuasa 

5#. Manfaatkan waktu beribadat untuk berehat seketika


Bila dah berjalan, ibadat jangan dilupakan. Ketika menunggu atau selepas waktu solat, apa kata rehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ? Barulah fresh dan tenang ! 

6#. Pilih pengangkutan awam


Bulan puasa ni ,kalau boleh kurangkan dengan berjalan kaki terutama ketika waktu panas takut nanti dehydrate. Gunakan pengangkutan awam untuk ke satu destinasi, cepat dan selesa bukan ? 

7#.Jangan terlalu manjakan diri 

Bulan puasa ni banyak kerenah dapat tengok. Bila jalan jauh sikit, mula lah komen penat bagai. Amboi , shopping boleh pulak ? Nak manjakan diri boleh tapi janganlah sampai tidak berpuasa 

8#. Tukar pengisian travel 

Kalau sebelum ni banyak travel pergi ke tempat - tempat menarik , apa kata jadikan bulan ramadhan ini sebagai travel ke masjid - masjid yang terkenal di setiap bandar atau negara ? Lagi menarik rasanya 

9#. Sediakan kelengkapan peribadi

Di dalam beg korang tu, pastikan ada ubat - ubatan , air mineral , coklat dan makanan ringan. Incase jadi apa - apa gunakanlah bekalan tersebut 


10#. Mencuba aneka makanan dan berbuka di masjid 

Selalunya dalam bulan ramadhan ini, kita dapat tengok di kebanyakan tempat menjual aneka makanan yang jarang kita nampak atau dengar, Haa ambil peluang ini untuk mencubanya tetapi ingat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Atau korang boleh berbuka di masjid , meriah dan jimat! 

Haa jadi itulah antara tips travel ketika berpuasa yang dapat Mat Remos kongsikan. Jika korang ada penambahan idea atau cadangan bolehlah komen di bawah. Selamat berpuasa Sahabat PT !


Catat Ulasan

1 Ulasan