Ticker

6/recent/ticker-posts

PERBAHARUI PASSPORT ANDA


PERBAHARUI PASSPORT ANDA | Minggu lepas Mat Remos busy perbaharui passport di Jabatan Imigresen Shah Alam, saja Mat Remos nak cuba buat di Shah Alam. Namun disudut hati kecil Mat Remos ni sangat kecewa sebenarnya apabila servis di sana agak lambat berbanding di Jalan Duta

Ada diantara anda pernah berurusan di Jabatan Imigresen Shah Alam? Apa pendapat anda tentang servis di sana? Apapun Mat Remos ingin berkongsi tips sedikit tentang perbaharui passport.

Tips untuk perbaharui passport :-


1# Jangan lupa bawa passport lama
2# Pakai pakaian yang kemas sebolehnya
3# Bagi lelaki,pastikan rambut disikat rapi dan baju kemas.
4# Bagi perempuan, pastikan tidak memakai contact lens berwarna**
5# Bawa kad pengenalan
6# Wang tunai
7# Tempoh perbaharui passport adalah 5 tahun dan bayarannya adalah rm200

passport malaysia

Paling penting sekali, apabila anda hendak berurusan dengan sektor kerajaan ini, wajiblah datang awal** supaya anda tidak menyesal menunggu lama dan pastikan bawa dokumen penting supaya tidak merumitkan masa pemprosesan dokumen anda semua :)

Itu sahaja perkongsian Mat Remos malam ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Akak kena repair atau bahaya passport juga sebab cip atau maklumat dalam cup mereka tak update. Menyusahkan .

    BalasPadam