Ticker

6/recent/ticker-posts

ISTIMEWA BERBUKA PUASA DI ME'NATE STEAK HUB, SETAPAK


Istimewa Berbuka Puasa di Me'nate Steak Hub | Bagi peminat steak dan daging kambing sudah pasti tercari-cari restoran yang menjual makanan ini. Namun, anda semua jangan risau kerana Me'nate Steak Hub sudah mempunyai 3 cawangan iaitu di Setapak, Wangsa Maju dan Ampang Jaya yang dimiliki oleh pemilik yang berasal dari Kelantan. Selain itu, Me'nate Steak Hub ini juga dibantu oleh anak-anak kepada pemilik restoran ini. En.Mustaffa Othman ialah pemilik Me'nate Steak Hub, dimana pemilik ini sangat pakar dengan pengurusan daging.

Bagi yang tidak tahu lagi, pemilik Me'nate Steak HubEn.Mustaffa Othman ini sangat minat dengan daging sehingga beliau 'membawa diri' ke London untuk mendalami ilmu pengurusan daging. Hampir setiap hari juga, pisau dan pengasah menjadi 'temannya'. Dengan berkat kesabaran beliau, maka terbinalah empayar Me'nate Steak Hub yang kini mempunyai 3 cawangan. Tahniah Mat Remos ucapkan.

Salah satu cawangan Me'nate Steak Hub di Setapak
Salah satu cawangan Me'nate Steak Hub di Setapak

Sempena dibulan ramadhan ini, Me'nate Steak Hub telah menyediakan 6 set hidangan yang wajib kita cuba dan ianya sangatlah berbaloi dan jimat terutama kepada peminat steak/lamb ini. Setiap hidangan yang dihidangkan pun sangat memuaskan hati.

Harga setiap set di Me'nate Steak Hub ini bermula dari RM75 hingga RM350. Setiap harga yang ditawarkan sangat berbaloi bagi yang tahu kualiti daging tersebut. Selain itu, bagi peminat tegar steak/lamb juga, anda sudah pasti dapat merasai sendiri daging dari luar negara. Jangan risau, kesemua daging di Me'nate Steak Hub ini adalah HALAL dan jangan ragu-ragu lagi ya?

Bahagian daging lembu yang patut si pemakan tahu.
Bahagian daging lembu yang patut si pemakan tahu.
Heavenly Lamb
Heavenly Lamb
Heavenly Lamb ini adalah set yang berharga RM300 dan sesuai untuk 4-6 orang makan. Bagi Mat Remos mungkin lebih daripada 6 orang makan barangkali kerana 'portion' dia agak besar juga bagi Mat Remos.

Angus,Beef Ribs, Lamb Ribs/Ranghost
Angus,Beef Ribs, Lamb Ribs/Ranghost
Lamb Shank,Lamb Ribs,Lamb Rack/Loin,Lamb Syabu
Lamb Shank,Lamb Ribs,Lamb Rack/Loin,Lamb Syabu
Alhamdulillah,itu sahaja yang Mat Remos dapat kongsikan kepada anda semua. Ada diantara pembaca projektravel.net ini sudah mencuba makanan di Me'nate Steak Hub? Sebelum terlupa, restoran ini pernah diviralkan juga di media sosial kerana harganya sampai beribu-ribu satu resit. Ini adalah, setiap daging yang digunakan bukan semata-mata daging, tetapi dari permulaan daging itu dipotong hingga dihidangkan mempunyai cara yang tersendiri. Selamat berpuasa semua dari kami projektravel.com :)

Sebarang tempahan boleh hubungi:-

Tel: 012-905 1517 / 011-1283 8749

Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starpac Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 8121
Fax: 03-4131 1611

Ampang Jaya Branch
No.16, Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4251 3460

Wangsa Maju Branch
25, Jalan Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. erm.. best2nya. takde pun nak ajak kita kan.
    www.kaio.my

    BalasPadam
  2. sedapnyaa..adoii nyesal tengok nak masuk waktu berbuka lama lagi plak tu..cis!

    BalasPadam