Ticker

6/recent/ticker-posts

BERBUKA PUASA PERCUMA DI IFTAR @ KL 2015

Majlis Berbuka Puasa Percuma di Iftar@KL 2015 | Dengan secara rasminya, Iftar@KL bertempat di Jalan Raja Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telahpun bermula dari 20 Jun 2015 sehingga berakhirnya bulan Ramadan. Ingat, kalau tak ada program di hujung minggu, Mat Remos cadangkan korang bawa family datang berbuka puasa kat sini.

Hari ini, Mat Remos dan rakan-rakan berkesempatan untuk turut serta dalam majlis pelancaran Iftar@KL 2015 yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Tan Sri Ahmad Phesal Haji Talib dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng.


Iftar@KL 2015 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program ini merupakan penjenamaan semula kepada Festival Ramadan yang telahpun diadakan sejak tahun 2012 hingga 2014. Program seumpama ini telah terbukti berjaya menarik seramai 500 ribu orang pengunjung dari dalam dan luar negara termasuklah pengunjung antarabangsa dari Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara ASEAN.

Jadual Iftar@KL 2015


20 Jun 2015 (Sabtu)
21 Jun 2015 (Ahad)
27 Jun 2015 (Sabtu)
28 Jun 2015 (Ahad)
4 Julai 2015 (Sabtu)
5 Julai 2015 (Ahad)
11 Julai 2015 (Sabtu)
12 Julai 2015 (Ahad)

Lokasi: 
Jalan Raja, Kuala Lumpur
(berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad)


Antara kelainan yang ditampilkan dalam Iftar@KL 2015 ini adalah dari segi pengisian program. Kalau nak tahu, sebanyak 11 aktiviti khas dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Salain itu, Iftar@KL 2015 ini jugak turut mendapat sokongan padu daripada agensi lain seperti Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Baharu.

Melalui program iftar seumpama ini, Mat Remos yakin bulan Ramadan mampu dijadikan sebagai satu bulan yang menggalakkan kegiatan kerohanian dan kesenian Islama dapat disemarakkan dalam kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda. Jadi, kepada kawan-kawan kat luar sana, jom lah kita ramai-ramai pergi berkumpul untuk berbuka puasa bersama di Iftar@KL 2015 dan mendengar ceramah, menunaikan solat maghrib, isya' dan terawih serta menyertai program-program yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan.

Apa kata, jom kita tengok sekilas pandang suasana sekitar majlis Iftar@KL 2015 yang Mat Remos join bersama rakan-rakan yang lain.


Sukarelawan sedang mengagihkan juadah berbuka kepada jemaah
Set juadah berbuka di Iftar@KL 2015
Kehadiran jemaah dari Maahad Tahfiz
Majlis Tadarus Al-Quran sebelum berbuka
Kemeriahan majlis Iftar@KL 2015
Kemeriahan Iftar bersama keluarga dan rakan-rakan di Iftar@KL 2015

Aktiviti Iftar@KL 2015



Pengagihan Bubur lambuk
Pameran pelancongan
Pertandingan dan persembahan nasyid
Tazkirah Ramadan
Tadarus al-Quran
Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib berjemaah
Soal Jawab agama
Solat Isyak dan terawih berjemaah
Dikir zikir/ Ceramah
Malam kesenian Islam
Moreh

Team Projek Travel
Di kesempatan ini, Mat Remos dan Team Projek Travel ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada semua pembaca blog Projek Travel. Jangan lupa kongsikan detik-detik manis anda di laman sosial seperti di facebook atau instagram dengan hashtag #ProjekTravel!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kami dulu pernah merasa kambing golek di sini.

    BalasPadam
  2. terbaek...

    http://variousfastsolution.blogspot.com/

    BalasPadam