Ticker

6/recent/ticker-posts

AIR ASIA BLOGGER COMMUNITY : #AABC2015 2ND ANNIVERSARY PARTY IN BANGKOK

Air Asia Blogger Community : #AABC2015 2nd Anniversary Party in Bangkok | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah,beberapa minggu lepas salah seorang admin Projek Travel telah mengikuti program anjuran Air Asia bersempena "#AABC2015 2nd Anniversary Party In Bangkok" . Kali ini, sambutan ulangtahun Air Asia Blogger Community diadakan di Bangkok selama 3 hari 2 malam. Segalanya ditaja oleh Air Asia Malaysia.

Group Photo 
Lebih kurang 100 orang blogger turut hadir bagi menyempurnakan majlis ini dimana wakil blogger dari Malaysia terdiri daripada 14 orang dan antara blogger yang turut ke Bangkok juga adalah dari Negara Indonesia,Thailand,Filipina,Vietnam,China,Korea Selatan,Jepun dan Australia. Perjalanan kami ke Bangkok mengambil masa selama 2 jam di mana masa di sana beza sejam dari Malaysia. 
Bilik penginapan

Tempat Penginapan | Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam semasa berada di Bangkok. Menginap dibilik yang besar dan selesa serta 'view' yang cantik bertambah seronoknya berada di Bangkok.

Team Projek Travel memakai Tshirt #AirAsiaMakna
Lokasi Eastin Grand Hotel Sathorn,Bangkok ini sangat strategik dengan tempat-tempat menarik di Bangkok serta paling menarik perhatian Mat Remos, BTS STATION iaitu skytrain (jika di Kuala Lumpur dipanggil Monorel) link dengan hotel ini dan sangat memudahkan bagi mana-mana pelancong untuk bergerak ke satu tempat. Untuk pengetahuan anda semua, kawasan di sini boleh dikatakan sesak seperti Kuala Lumpur dan Mat Remos cadangkan pada sesiapa yang ingin melancong di kawasan Bangkok memilih Skytrain. Terpulang kepada anda yang mana selesa,hehe.

Pemandangan dari bilik.
Pemandangan dari bilik yang begitu awesome. Rupanya, Bangkok seperti Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan di jalan raya namun sesekali apa salahnya kita belajar gaya hidup mereka pula. Sebenarnya, hari pertama kami sampai sini banyak Free & Easy, so kami mengambil peluang untuk berjalan sekitar Bangkok. :)

BTS Station,Skytrain
Are u ready for rally photo guys?
Hari Kedua di Bangkok | Hari kedua adalah hari beraktiviti bersama rakan blogger lain. Disebelah siang aktiviti 'Rally Photo 2015' dimana kami dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan akan bersama blogger dari pelbagai Negara dan wakil mat Mat Remo skumpulan 5 :)

Peralatan untuk Rally Photo
Task dan pelbagai peralatan kami telah sediakan untuk cabaran Rally Photo. Cabaran ini kami perlu selesaikan dimana jawapannya berada di sekitar Bangkok dan kami perlu menggunakan Skytrain sebagai transport pada cabaran ini. 

Group 5
Ahli kumpulan 5

Dari kiri: Mek Onie ( Malaysia), Mari ( Philiphines), Nguyen Tuan (Vietnam), Seth Lui (Singapore) dan Sutiknyo (Indonesia)

Menanti Skytrain untuk menyelesaikan tugasan.
Di stesen Surasak menanti Skytrain untuk selesaikan task yang diberikan. Tiba-tiba,teringat rancangan Running Man, Haha.

Tahniah kepada pemenang Rally Photo
Salah satu kumpulan yang bertuah dan pungut point terbanyak semasa cabaran Rally Photo, Tahniah Eugene from Malaysia dan rakan lain :)

Salah seorang Team Projek Travel
Sebelah Malam | Dengan bertemakan Pakaian Kebangsaan Negara, kami telah memilih memilih pakaian ini untuk digayakan yang diberi nama Puteri Perak. 

14 Blogger Malaysia dan 1 Blogger Australia
Rakan blogger lain yang turut hadir dan ya, kami mewakili blogger dari Malaysia dan Hi Phoebe from Australia !  Banyak slot pada malam tersebut.



Dan paling berdebar apabila nama wakil Projek Travel telah dipanggil ke pentas kerana terpilih untuk kategori Best Dress. Turut terpilih juga adalah dari Blogger Thailand dan Blogger Korea Selatan.

Best Dress
Terima kasih kerana memilih wakil kami sebagai pemenang Best Dress.

First Place : Blogger Thailand
Second Place: Blogger Malaysia
Third Place: Blogger Korea Selatan

Walaupun, cabaran Rally Photo kumpulan 5 tidak berjaya namun kategori best dress saya berjaya dan itu merupakan bonus bagi kami. Apapun, pengalaman 3 hari 2 malam di sana lebih bermakna.

Terima kasih saya ucapkan kepada Air Asia Malaysia kerana membawa wakil Mat Remos ke Bangkok. Pengalaman yang tak akan kami lupakan dan dimanakah pula lokasi bagi ulangtahun AABC ke-3 nanti? Tunggu! Untuk membaca lebih lanjut lagi anda bolehlah ke sini. Apapun, pengalaman semasa di sana adalah sangat best bagi saya sekaligus ini adalah event paling havoc pernah wakil kami join, Alhamdulillah.Tempat-tempat menarik di Bangkok Mat Remos akan kongsikan di lain artikel nanti. Stay tuned. Selamat berpuasa semua.

Catat Ulasan

2 Ulasan