Ticker

6/recent/ticker-posts

Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 Meriah

Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 | Baru – baru Projek Travel telah ke Taiping , Perak bagi membuat liputan mengenai Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bagi peringkat Zon Utara yang diadakan di AEON Mall Taiping Perak, selaku penaja lokasi utama program ini .



Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Kopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club.


Tujuan utama siri jelajah ini diadakan adalah untuk mengembalikan kembali budaya seni dalam negara serta mencungkil bakat anak – anak muda. Terdapat 22 buah acara yang diselitkan dalam program ini.







Pertandingan Zapin Mania selaku acara utama dalam dalam siri jelajah ini telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana , Lasykar Tari , Lantera Mutiara dan Destar Lima dimana akhirnya Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan ini bagi Zon Utara . Tahniah kami ucapkan.


Namun begitu, Kumpulan Destar Lima yang memenangi tempat kedua turut mara ke peringkat Kebangsaan bagi berentap bersama – sama dengan pilihan zon Timur, Tengah dan juga selatan .

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 – 16 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan, Selangor manakala bagi peringkat Nusantara akan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa , Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015. 

Hadiah pemenang Platinum, Emas , Perak dan Gangsa peringkat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM 8,000 , RM 3,000 dan RM 1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Projek Travel bersama pegawai Zoo Taiping dan Anak seniwati Mariani, Rozita

Projek Travel bersama - sama dengan Sahabat PT dan juga Sakura Band yang semakin meningkat naik

Jadi jangan lepaskan peluang ini sebab akan ada pelbagai aktiviti menarik menanti korang pada Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015

Rugi kalau korang tak ambil peluang untuk menyaksikan sendiri pertandingan zapin mania ini. Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke :

AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 – 24 Mei 2015 
AEON Mall Rawang Selangor pada 5 – 7 Jun 2015 
AEON Mall Tebrau City Johor Bahru pada 24 – 26 Julai 2015 
AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 – 16 Ogos 2015 
AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015 

p/s : Dengar cerita kawan - kawan kita yang ke Taiping sangkut dalam jem sampai 12 jam kehkehkeh 

kredit gambar : www.budakpacak.com 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah..org utara pun pandai zapin...

    BalasPadam
  2. Tengok Noraniza ini,teringat zaman muda dulu....akak pernah berguru dengan guru dan merangkap guru tari Noraniza. Memang best guru tari tu...dan bagusnya guru tersebut memang kagum dengan pencapaian Noraniza Idris.

    BalasPadam