Ticker

6/recent/ticker-posts

PERKARA YANG PERLU KORANG TAHU TENTANG IOI CITY MALL PUTRAJAYA

IOI CITY MALL PUTRAJAYA_ foto investcyberjaya.com

PERKARA YANG PERLU KORANG TAHU TENTANG IOI CITY MALL PUTRAJAYA | Apa yang admin nak pesan kalau ke sini. Pertama, pastikan ambil gambar nombor parking korang supaya senang untuk mencari bila nak balik nanti. *tidaklah tersesat, hilang kete nanti.

Kedua, Makanan dekat Foodcourt "FOODJUNCTION" dia sangat teruk.*sory bahasa kasar. Bukan satu, dua kedai. Kebanyakan kedai makanan tak sedap. *majoriti kedai yang ada bukan warga tempatan yang masak. Korang boleh bayangkanlah kalau nasi goreng thai orang bangla yang masak.*pergh kemam sudu jela jawab dia. Please solve this problem.

Ketiga, kalau korang sesat. *kompom sesat punya ekekke. Directory yang disediakan sangat tidak mesra pengguna. Korang kena belajar ilmu pengakap diraja dahulu baru leh faham. Tak ada sign "Your Are Here". *memang menambahkan lagi masalah. Kalau sesat maka jawabnya makin sesatlah ahahhaha

Keempat, korang kena bersiap sedia untuk menghadapi suasana sesak. Manusia macam tak pernah masuk shoppingmall semua. *termasuklah kita. ekekeke. Mana taknya, tempat sebesar macam tu pun boleh padat sendat dan liat. *ramai orang weh. Mungkin teruja dengan shopping mall besar macam ni kot.

Kelima, bersiap sedia untuk kehilangan signal telefon anda. *bukan kehilangan fon. hehe Jangan kata internet kadang-kadang tu line untuk sms dan call pun terarwah bila di sesetengah tempat kt dalam mall ni. Mungkin masih baru / bagaimana tak tahulah masalah apa. Jadi untuk dapatkan internet, pilihlah kedai-kedai atau restoran yang sesuai yang menyediakan internet untuk setiap pelanggannya.*jangan dok p megangkang je, sila beli la apa-apa kalau tak nak kena halau. hahahaha.
 
>>Semua komen dibuat selepas admin ke IOI CITY MALL PUTRAJAYA pada awal bulan Feb 2015


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. memang ramai org pegi situ...padat.

    tapi x pernah lagi sampai tersesat :-)

    BalasPadam
  2. bab yang takde line tu betul. kalau berjanji dgn kawan kat jumpa kat situ memang STRESSSSS sbb tak dpt call / mesej !

    BalasPadam