Ticker

6/recent/ticker-posts

Desa Water Park | Taman Tema Untuk Keluarga

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park | Taman Tema Keluarga | Desa Water Park yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan ini menjadi lokasi santai admin dan keluarga. Sebenarnya taman tema ini sudah lama terbina dikawasan ni tetapi abam kaw baru berkesempatan untuk berkunjung kesini selepas sekian lama.

Keisitimewaan Desa Water park


Desa Water Park Fauzi Aryaan

Apa yang best disini adalah terletak pada harga yang sangat berpatutan berbanding taman yang lain. 

Selain kemudahan yang sangat selesa, pengunjung yang berkunjung di Desa Water Park ini juga tidak terlalu ramai, sendat & padat berbanding taman tema yang pernah admin kunjungi. Itu menjadi pilihan admin kerana admin ni jenis serabut dengan manusia yang terlalu ramai dan akhirnya banyak permainan yang akan kita terlepas. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Dengan hanya RM35 bagi dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak menjadikan taman tema ini menjadi pilihan warga Kuala Lumpur dan sekelilingnya untuk menluangkan masa bersama keluarga. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Oh sebelum memasuki tamana tema ini, korang akan menjalani pemeriksaan dimana segala makanan dan minuman dari luar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk kedalam taman tema ini. Tetapi sekiranya korang beruntung, makanan yang korang bawa itu akan lepas juga. Hehehe

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Apabila melangkah masuk kedalam taman tema ini, admin sedikit terpukau dengan warna warni yang mereka tampilkan. 

Seperti taman tema lain, mereka akan target golongan kanak-kanak untuk merasi pengalaman yang menggembirakan. Tetapi bagi admin, bukan sahaja mereka yang teruja, abam kaw ni haa turut teruja untuk sama-sama bermain didalam taman tema seperti ini. 

Kemudahan Taman Tema

Bagi anda semua yang ingin taman tema ini, admin nasihatkan untuk datang seawal mentari kerana disini turut disediakan wakaf-wakaf untuk masing-masing mengambil tempat berehat dan juga membuat kawasan tersebut sebagai 'rumah sementara' anda semua. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Bukan sahaja kemudahan pondok-pondok ini, mereka juga menyediakan tempat untuk berbaring santai yang begitu seronok.

Korang boleh tengok admin yang begitu santai memantau keadaan sekeliling sambil mengadap matahari yang sedap memancar. 

Secara peribadi, admin suka dengan keadaan disini berbanding tempat lain yang tidak begitu ramai dengan manusia. Itu yang lebih abam tekankan sekiranya ingin kemana-mana taman tema. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan
  
Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Korang rasa tak seronok ke kalau admin sudah gelak bagaikan nak termeninggal??? Haaa memang sangat-sangat seronok. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Memang seronok untuk meluangkan masa dihari cuti bersama keluarga disini.

Untuk makluman semua, pengawalan ibu bapa dan juga penjaga amatlah dititik beratkan disini selain kehadiran pengawal keselamatan yang sentiasa berjaga disetiap kawasan yang berair. Mereka begitu teliti dengan keselamatan pengunjung disini. Manakan tidak, korang akan sentiasa mendengar tiupan wisel yang akan kedengaran disetiap kolam yang dijaga.

Sekiranya anda semua berasa lapar atau haus, di Desa Water Park ini juga turut menyediakan gerai-gerai yang menjual makanan untuk memenuhi kehendak perut yang kelaparandan kehausan. 

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Desa Water Park Fauzi Aryaan

Secara keseluruhan, admin kaw tersangat berpuas hati dengan kelengkapan dan juga kemudahan yang disediakan disini dan yang paling best adalah tidak terlalu ramai. Itu yang admin ingin tonjolkan.

Bagi anda semua yang ingin merasai pengalaman ke taman trema ini, bolehlah ke:

DESA WATER PARK
Jalan Desa, Taman Danau Desa, 
58100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-7118 8338


RABU : TUTUP (KECUALI CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH) 

SABTU & AHAD / CUTI UMUM / CUTI SEKOLAH
(10:00 AM to 6:00 PM)
ISNIN - JUMAAT 
(10.30AM - 6.00PM)

Terima kasih kepada Desa Water Park kerana menyediakan taman tema yang sangat menarik untuk admin dan keluarga meluangkan masa kami semua. Memang sebuah taman yang boleh dicadangkan untuk orang lain merasainya.

Catat Ulasan

3 Ulasan