Ticker

6/recent/ticker-posts

Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Fotografi

Victoria Bridge
Victoria Bridge
Victoria Bridge Jambatan Bersejarah Untuk Kaki Fotografi | Tak disangka tempat yang bersejarah dan lama seperti ini mula menjadi tumpuan kaki fotografi sejak ianya tidak digunakan lagi. Tempat ini menjadi sangat unik tambah pula ada sejarah disebalik pembinaannya beberaparatus tahun dahulu. Sangat teruja bila admin dan krew projek travel dapat menjejakkakn kaki ke tempat yang sangat bersejarah seperti Victoria Bridge di Kuala Kangsar [klik].

SEJARAH VICTORIA BRIDGE | Jambatan atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge ini adalah antara landasan kereta api atas jambatan yang tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden yang mana landasannya hanya terletak bersebelahannya sahaja. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.

Lokasi popular kaki fotografi
Lokasi popular kaki fotografi
Victoria Bridge ini telah menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini pada suatu ketika dahulu. *sila google untuk lihat laluan keretapi baru. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, tetapi strukturnya masih kuat dan kukuh. Malah Victoria Bridge masih berfungsi penuh di mata lensa kaki fotografi.

Ianya bukan sahaja menjadi tumpuan kaki lensa setempat, malah ianya juga mampu menarik minat kaki lensa dari luar Perak ke sini semata-mata untuk menikmati nilai sejarah dan keunikannya.

Catat Ulasan

4 Ulasan