Ticker

6/recent/ticker-posts

SPANISH FOOD FESTIVAL | PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

SPANISH FOOD FESTIVAL | PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR | Peluang untuk admin melihat cara penyediaan dan merasai sendiri kehebatan masakan dari Spain. Ini bukan sahaja peluang hanya untuk admin, tapi korang juga mampu untuk mengalaminya hanya 31 October sehingga 9 November 2014. Tidak perlu jauh ke Spain untuk semua pengalaman ini. Korang hanya perlu ke Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur sempena SPANISH FOOD FESTIVAL.

Bersama rakan blogger - Foto kaio.my

VIVA EL SABOR [Experience the flavours]


Bertempat di Eccucino, Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur. Sempena SPANISH FOOD FESTIVAL ini, mereka telah menampilkan Chef Jemputan khas dari  Barcelona (Spain) iaitu Chef Jordi Gimeno untuk berkongsi resepi dan citarasa sebenar masakan Spain .

Bertemakan "The Many Flavors of Spain", ungkapan "Viva El Sabor" membawa maksud "Experience The Flavors".Spanish Food Festival di bawah kelolaan Chef Jordi Gimeno telah tampil dengan "the best of the sea and its products". Jadi, kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah berasaskan seafood. Antara menu istimewa yang dihidangkan adalah seperti Tapas, Black Rice, Sea and Mountain Paella, Gazpacho dan banyak lagi.

Penyediaan Spinach kebabs with chicken, prawn, beef and fried manchego cheese pintxos
Pintxos de pollo, gambus, buey y manchego frito
Penyediaan makanan secara lansung untuk pegunjung

Jom kita tengok beberapa menu hebat dari Spain yang admin sempat rasa, selongkar rahsia sebenar masakan mereka. VIVA EL SABOR [experience the flavours].

Black Fideua dan Roast Shoulder of lamb manchego style.
Ini merupakan makanan yang admin paling suka, iaitu Black Fideua (Fideua negra), memang nampak sangat euwwwww. Tapi jangan menilai dari pandangan luarnya, kerana rasanya sangat-sangat sedap. *admin cuba untuk tambah, tapi licin.sedih.huhu. Manakala yang sebelahnya pula adalah Roast Shoulder of lamb manchego style (Espalda de cordero al estilo manchego).

Red Snapper With Capsicum Sauce & Prawns - Sea Bass Filled With Mushrooms and Beef Ham With Grain Mustard
Korang juga boleh mencuba menu seterusnya ni iaitu Red Snapper With Capsicum Sauce & Prawns [ Pargo En Salsa De Pimientos Y Gambas] dan Sea Bass Filled With Mushrooms and Beef Ham With Grain Mustard [ Lubina Rellena De Setas Y Jamon Con Salsa De Mostaza].

Beef Sirloin in Salt With Orange, Chili and Garlic - Fried Cauliflawer With Aioli - Sauteed Baby Potatoes With Chorizo
Rasa Beef Sirloin in Salt With Orange, Chili and Garlic [ Entrecot a al sal con maranja, guindilla y ajo ] ni juga membuatkan admin menambah. Rasa yang sangat cukup dan memang sedap. Untuk menu sayuran, mereka ada meyediakan Fried Cauliflawer With Aioli [ Coliflor con Allioli] dan Sauteed Baby Potatoes With Chorizo [ Patatas con Chorizo].



Paella [Paella de mar montana]



Paella [Paella de mar montana] antara masakan yang popular di Spain. Ianya adalah Nasi Seafood yang memang sangat istimewa. Menu ini enjadi perhatian pada malam ini kerana keunikan dan kesedapannya.

Trio of Spanish Omelet with catalan Bread 
Omelet cara Spanish yang lain dari yang lain. Rupanya seolah-olah tempe. Tapi ianya adalah Trio of Spanish Omelet with catalan Bread [ Trio De Toryillas Espanolas Con Pa Amb Tomaquet ]

Spinach and pear fritters with almond [Bolas de espinacas con pera y almendra]
Bila dah cuba makanan utama diorang, admin tertarik dengan satu makanan ni. Spinach and pear fritters with almond [Bolas de espinacas con pera y almendra]. Memang sangat diakui, memang sedap, cukup rasa dan sifatnya. 

Selain dihidangkan dengan makanan yang lazat, mereka juga ada menyediakan persembahan musik dan tarian dari Spanyol.

Pegunjung juga dihidangkan dengan demonstrasi masakan daripada Chef Jordi Gimeno. Pelbagai tip menarik telah dikongsi bersama pegunjung mengenai cara masakan Spain.

Demontrasi Masakan
Penampilan Chef Jordi cukup meyakinkan pegunjung yang datang, tambah pula dengan resepi masakan yang cukup sedap. Tahniah Chef

Bersama Chef Jordi - Foto Penaberkala

Mengenai Chef Jordi Gimeno


Jom admin kenalkan Chef Jordi kepada korang.

-Berasal dari Barcelona, Spain
-Berpengalaman dalam bidang kulinari terutama masakan Spanish selama 20 tahun
-Featured dalam Michelin Guide di Catalonia dan Sardinia
-Berjaya menganjur Spanish Food Festival di beberapa buah negara seperi di Mumbai dan Bangalore (India),Abu Dhabi (Emirates United Arab) dan Lviv (Ukraine)
-Bertanggungjawab untuk tema restoran yang dibuka oleh rangkain fesyen tersohor, Replay di Europe
-Pemegang saham dalam Princess Stephenie of Monaco
-Terlibat dalam menjayakan Summit of the Heads of States in Council of the European Union pada tahun 2002
-Pensyarah Catalan language, culture and gastronomy di Universiti of Szeged (Hungary)
-Pensyarah Spanish Cuisine di Chefparede Cooking School di Budhapest (Hungary)
-Penulis Catalan yang terkenal
-The sea and its products are the key elements merupakan kepakaran beliau
-Diberi pengiktirafan dalam bidang kulinari dan juga imiginasi sains fiksi dan memenangi anugerah di -Sci-fi Literary Award di Spain pada tahun 2012
-Pengunjung juga akan dapat menemui dan memahami lebih lanjut mengenai makanan Spanyol melalui makanan dibuat secara lansung, Inilah peluang terbaik yang akan membawa anda sepenuhnya dalam budaya dan sejarah Spanyol.

Jadi, macamana? Ada yang berminat nak try makanan Spain ? Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh contact Restaurant Manager di talian 03- 2170 8888 ext. 8119 atauapun email kepada restaurants@princehotelkl.com.my

Dengan harga RM98++ per person, dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk setiap pembelian anda berpeluang untuk merasai sendiri Spanish food dan bertemu mata dengan chef terkenal dari Barcelona, Chef Jordi Gimeno.

Mengenai Eccucino, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur 


Eccucino terletak di Tingkat 1, iaitu di Grand Lobby Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dengan kapasiti tempat duduk yang mampu menerima 180 pegunjung dalam satu masa. Eccucino dibuka setiap hari dari iaitu dari seawal 6:00 pagi hingga tengah malam. Bufet sarapan pagi dihidangkan 06:00 - 10:30, bufet makan tengah hari 12:00-14:30 dari Isnin hingga Jumaat, manakala makan malam bufet disajikan 18:30-22:30 setiap hari. Pilihan a la carte yang tersedia sepanjang waktu business hour. Untuk maklumat lanjut mengenai Eccucino, sila layari www.princehotelkl.com [klik]


-------------------------------------------------------------------
Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur 

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Terima kasih diucapkan kepada pihak Prince Hotel dan Asia Horizon Magazine, Mr Farish untuk jemputan kali ini. Bagi mereka yang inginkan lebih info tentang Travel boleh pakat ramai-ramai follow instagram Asia Horizon [klik].

Catat Ulasan

2 Ulasan