Tip Mengembara | Tips For Travellers

Tip Mengembara | Tips For Travellers | Ingin mencuba untuk mengembara tetapi tiada pengalaman? Kami di Projek Travel menyediakan tip berguna untuk anda yang ingin megembara. Berikut adalah beberapa tip untuk info anda :

1) Buat Kumpulan Pengembaraan


Elakkan berjalan bersendirian kerana ia adalah lebih baik untuk mengembara di dalam satu kumpulan.
2) Tidak Perlu Menjadi Seorang Yang Baik
 
Jangan sesekali menawarkan atau menerima sesiapa sahaja untuk membawa apa-apa barangan anda.Kerana ada kemungkinan anda boleh menjadi mangsa jenayah.
3) Pastikan Lokasi Anda Sentiasa Diketahui


Sekurang-kurangnya ada seseorang di rumah yang mengetahui kedudukan anda. Dengan teknologi terkini anda boleh meng-update status melalui Facebook, Twitter, Foursquare ataupun menghantar emel.



4) Merosakkan Barangan Anda Sedikit

Barang yang baru lebih menarik minat si pencuri. Oleh itu adalah lebih baik membawa barang atau beg yang sudah lama digunakan. Anda akan kelihatan seperti pengembara yang berpengalaman dan ini juga akan menghalang si pencuri. Ketika menaiki bas atau kenderaan awam adalah lebih baik untuk sentiasa berada dengan bagasi anda.




5) Simpan Jurnal Perjalanan

Tidak perlu untuk menulis dalam buku yang tebal. Sebaliknya dengan teknologi yang ada, simpan kenangan anda dengan aplikasi mudah alih percuma menggunakan Smartphone seperti Iphone dan Samsung.




6) Dompet Pengembaraan
 

Semua dokumen perjalanan dan wang tunai anda mesti berada dengan anda sepanjang masa. Tetapi pastikan dompet anda adalah sesuai untuk pengembaraan. Buat beberapa salinan dokumen perjalanan anda untuk keselamatan.


 7) Mengemas Dengan Bijak

Adalah lebih baik anda mengulung daripada melipat kerana ini boleh mengelakkan baju menjadi renyuk. Pastikan beg anda mempunyai zip berkunci dan padlock untuk keselamatan. Dan simpan kunci anda ditempat yang mudah diingati.Tips yang lebih baik lagi ialah dengan menyusun barang anda mengikut keutamaan keperluan.



8) Wang Tunai

Pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk mengembara. Dan jangan lupa untuk menukar kepada mata wang yang tepat.



9) Barang Yang Penting
 

Antara item-item penting yang perlu dibawa ialah:
a) Flip flop
b) Sarung bantal
c) Dompet tambahan –Ini untuk mengelakkan risiko daripada si penyeluk. Jadi, bahagikan wang anda ke dalamdompet yang berbeza untuk mengurangkan risiko.
d) Tisu basah
e)Beg jimat ruang


10) Beg

Tidak perlu untuk membawa seluruh barang ke dalam beg anda. Tetapi pastikan anda membawa beg yang selesa dan tahan lasak. Ambil perhatian terhadap saiz anda kerana sesetengah beg adalah terlalu besar untuk anda bawa masuk ke dalam kabin. Jangan lupa untuk label yang membolehkan anda mengenal pasti bahawa beg itu adalah milik anda


Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com